BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 16, 2010

Sunyi...

Padang pada waktu ini sunyi tanpa kehadiran pemain-pemain dari kalangan pelajar. Yang hanya datang Bulu kerana terlibat dengan SUKSIS. Dan sekarang ni pun tengah musim Piala Sultan Azlan Shah di Perak. Diharap apabila para pemain dah balik nanti padang kembali ramai seperti sediakala. Kita sedia pula kali ini untuk kejohanan yang bakal tiba termasuklah Masum untuk tahun depan. Dan seperti biasa bulan 7 ni harap ada pemain baru yang akan datang bermain untuk UTHM. War-warkan kepada mereka jika mereka berminat.

Monday, May 3, 2010

SO KEMBALI BERAKSI...











Setelah selesai dalam divisyen 1 dalam tempat yang ke 8,tetapi para pemain dapat bagaimana pasukan dalam divisyen 1 bermain. Tentangan tetap diberikan walaupun pelbagai corak taktikal yang diterima dari pihak lawan.Walau apa pun, kami sudah ke divisyen 1.

Sunday, February 7, 2010

UiTM VS UTHM....





Menjadi kebanggan kepada semua pemain apabila Burn dapat menjaringkan gol. Dah saya katakan bila dapat gol sebijik corak permainan pasti akan berubah. Walhal dalam keadaan hjan pemain masih dalam keadaan semangat cuma keadaan padang yang semakin penuh dengan air.Main dalam bendang. Pusher nak tolak bola pun sangkut.Bayangkan betapa banyaknya air kat turf.Tapi tu semua pengalaman bermain dalam air. Ok guys..keep on going.

Monday, February 1, 2010

SAAT GAME PERLAWANAN

Hari perlawanan sudah semakin hampir. Tinggal menghitung hari.Maka Pada tahun 2010 ini akan menjadi titik permulaan UTHM Hockey Team menenmpuh Divisyen 1. Sama ada boleh atau tidak terletak pada diri pemain masing-masing. Pemain yang lama dan yang baru akan mula bertindak dalam perlawanan mereka bermula Sabtu ini menempuh UiTM. So boy's Gud Luck...

Monday, January 11, 2010

PIALA PENGARAH

Piala Pengarah yang julung kalinya telah dimenangi oleh Staf UTHM dan tempat kedua dimenangi oleh PSKPP "Lions" JOHOR.
Tapi semangat juang antara UTHM pelajar saya hargai walaupun tak semuanya hadir dalam perlawanan tersebut. Walaupun cerita ni dah hampir menjadi basi namun Team Student UTHM berjaya main dengan kalangan pemainnya sendiri.
Kalah tak bermakna kalah semuanya cuma kita perlukan persediaan untuk menghadapi MASUM 2010.
Saya harapkan tahun 2010 menjadi titik perubahan kepada pasukan ini yang banyak memberi pengajaran dan komitmen kepada kita semua. Baik selaku pemain dan jurulatih kita masih tak tahu lagi macam mana arus perjalanan kita dalam 2010.
Adakah kita masih dalam "TEAM KAMI" atau masih dikalangan yang masih tidak sedar lagi apa yang team kita harapkan secara individu.
SEJARAH 2009
FRIENDLY : PSKPP, POLITEKNIK JB, STAF UTHM, IPTHO, UIA, UNIMAP, UTeM, U18 KL.
KARNIVAL MASUM : NAIB JOHAN.
PIALA MASUM : KALAH DALAM KUMPULAN.
KARNIVAL PIALA PENGARAH (KPP) :KALAH DALAM KUMPULAN.

Namun pengalaman bermain sesama kamu pada tahun 2009 kamu jadikan pengalaman dan teladan. Yang buruk kita tinggalkan yang baik kita bawa bersama ke tahun seterusnya.

Tuesday, December 8, 2009

START COUNTING.


So memandangkan tinggal lagi beberapa hari lagi untuk perlawanan Piala Pengarah.Antara Pasukan yang akan terlibat adalah:


  1. UTHM

  2. STAFF UTHM

  3. ALUMNI

  4. PJB BOYS

  5. PSKPP 'LIONS' JOHOR

  6. SAINS JOHOR

  7. KLUANG

Nampak dari senarai pasukan yang telah diterima merupakan pasukan yang tidak kurang hebatnya. Maka tidak hairanlah kalau semua team telah bersedia. Julung kali Piala Pengarah PKSK ni akan menjadi rebutan buat semua pasukan. Nak simpan piala ni bukannya senang nak lawan ngan team yang masuk ni. Jadi kepada semua pemain harap anda telah bersedia.

Saturday, November 28, 2009

SALAM AIDILADHA


Disini saya mengucapkan salam Aidiladha kepada semua pemain dan juga penguikut setia blog ini secara langsung ataupun tidak langsung. Dan kepada para pemain diharap anda semua bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi perlawanan yang dijangkakan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi.
Saya mengharapkan komitmen dari para pemain 100 peratus dalam mengikuti perlawanan dan latihan yang diadakan. Displin dan latihan tidak semestinya hanya bila jurulatih ada tetapi hakikatnya semuanya datang dalam diri pemain masing-masing.
Dan akhir kata saya ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA' dan diharap para pemain semua berjaya tak kira anda berada dimana.