BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 28, 2009

SALAM AIDILADHA


Disini saya mengucapkan salam Aidiladha kepada semua pemain dan juga penguikut setia blog ini secara langsung ataupun tidak langsung. Dan kepada para pemain diharap anda semua bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi perlawanan yang dijangkakan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi.
Saya mengharapkan komitmen dari para pemain 100 peratus dalam mengikuti perlawanan dan latihan yang diadakan. Displin dan latihan tidak semestinya hanya bila jurulatih ada tetapi hakikatnya semuanya datang dalam diri pemain masing-masing.
Dan akhir kata saya ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA' dan diharap para pemain semua berjaya tak kira anda berada dimana.

Thursday, November 19, 2009

KURSUS KEPENGADILAN


Maklumat yang diterima semalam dari Encik Azli Pudin (Pegawai Unit Sukan) selepas habis perlawanan Piala Pengarah, kursus kepengadilan akan diberikan kepada semua pemain hoki UTHM. Kursus ini akan berlangsung selama 3 hari dan penginapan dan makan akan disediakan. Kursus ini akan dikendalikan oleh Persatuan Hoki Malaysia. Diharap sesiapa yang membaca perkara ini dapat menyebarkan kursus tersebut. Sampaikan kepada semua pemain.

Monday, November 16, 2009

PENEMPATAN PEMAIN...


Saya telah dimaklumkan oleh Encik Jas bahawa team kite akan diberi penginapan semasa latihan pusat diadakan sepanjang 1 Disember. Kolej mana saya tak tau yer.Maka diharap pemain dapat cek in yer awak punyer bilik nanti. Apa-apa masalah nanti kamu boleh rujuk la dengan zairin atau salman.

Wednesday, November 11, 2009

PASUKAN YANG TERLIBAT.

Berikut adalah senarai nama pasukan yang telah saya perolehi pada hari ini.
1.UTHM
2.STAFF UTHM
3.ALUMNI UTHM
4.PSKPP 'LIONS' JOHOR
5.PJB BOYS(POLITEKNIK JOHOR BAHRU)
6.SMK SAINS JOHOR
7.MESCA
8.?

Begitulah nama pasukan yang tersenarai dalam fax yang diterima. Terima kasih kepada pasukan yang menyertai kejohanan ini. Yang tanda soal tu saya masih menunggu lagi ni. tak tahu la team mana yang akan hantar.

Sunday, November 8, 2009

LIGA PIALA PENGARAH

Pada 11,12 dan 13 Disember akan diadakan kejohanan julung kalinya iaitu Liga Piala Pengarah yang akan diadakan di turf UTHM. Maka para pemain perlulah bersiap sedia bagi mengahadapi perlawanan ini. Sebanyak 8 pasukan yang akan mengambil bahagian. Jadi para pemain bersedialah kamu sebab tahun depan kamu semua dah main liga. Anggaplah ini sebahagian daripada persediaan kamu.
Dan awal bulan Disember kamu semua akan masuk kem yer. Jangan banyak sangat alasan la nak bagi. Jadi segala urusan mengenai kem akan diuruskan oleh man toba atau zairin. Jadi yang tak pernah jengah-jengah padang bolehlah turun padang yer.