BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 8, 2009

START COUNTING.


So memandangkan tinggal lagi beberapa hari lagi untuk perlawanan Piala Pengarah.Antara Pasukan yang akan terlibat adalah:


  1. UTHM

  2. STAFF UTHM

  3. ALUMNI

  4. PJB BOYS

  5. PSKPP 'LIONS' JOHOR

  6. SAINS JOHOR

  7. KLUANG

Nampak dari senarai pasukan yang telah diterima merupakan pasukan yang tidak kurang hebatnya. Maka tidak hairanlah kalau semua team telah bersedia. Julung kali Piala Pengarah PKSK ni akan menjadi rebutan buat semua pasukan. Nak simpan piala ni bukannya senang nak lawan ngan team yang masuk ni. Jadi kepada semua pemain harap anda telah bersedia.

Saturday, November 28, 2009

SALAM AIDILADHA


Disini saya mengucapkan salam Aidiladha kepada semua pemain dan juga penguikut setia blog ini secara langsung ataupun tidak langsung. Dan kepada para pemain diharap anda semua bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi perlawanan yang dijangkakan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi.
Saya mengharapkan komitmen dari para pemain 100 peratus dalam mengikuti perlawanan dan latihan yang diadakan. Displin dan latihan tidak semestinya hanya bila jurulatih ada tetapi hakikatnya semuanya datang dalam diri pemain masing-masing.
Dan akhir kata saya ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA' dan diharap para pemain semua berjaya tak kira anda berada dimana.

Thursday, November 19, 2009

KURSUS KEPENGADILAN


Maklumat yang diterima semalam dari Encik Azli Pudin (Pegawai Unit Sukan) selepas habis perlawanan Piala Pengarah, kursus kepengadilan akan diberikan kepada semua pemain hoki UTHM. Kursus ini akan berlangsung selama 3 hari dan penginapan dan makan akan disediakan. Kursus ini akan dikendalikan oleh Persatuan Hoki Malaysia. Diharap sesiapa yang membaca perkara ini dapat menyebarkan kursus tersebut. Sampaikan kepada semua pemain.

Monday, November 16, 2009

PENEMPATAN PEMAIN...


Saya telah dimaklumkan oleh Encik Jas bahawa team kite akan diberi penginapan semasa latihan pusat diadakan sepanjang 1 Disember. Kolej mana saya tak tau yer.Maka diharap pemain dapat cek in yer awak punyer bilik nanti. Apa-apa masalah nanti kamu boleh rujuk la dengan zairin atau salman.

Wednesday, November 11, 2009

PASUKAN YANG TERLIBAT.

Berikut adalah senarai nama pasukan yang telah saya perolehi pada hari ini.
1.UTHM
2.STAFF UTHM
3.ALUMNI UTHM
4.PSKPP 'LIONS' JOHOR
5.PJB BOYS(POLITEKNIK JOHOR BAHRU)
6.SMK SAINS JOHOR
7.MESCA
8.?

Begitulah nama pasukan yang tersenarai dalam fax yang diterima. Terima kasih kepada pasukan yang menyertai kejohanan ini. Yang tanda soal tu saya masih menunggu lagi ni. tak tahu la team mana yang akan hantar.

Sunday, November 8, 2009

LIGA PIALA PENGARAH

Pada 11,12 dan 13 Disember akan diadakan kejohanan julung kalinya iaitu Liga Piala Pengarah yang akan diadakan di turf UTHM. Maka para pemain perlulah bersiap sedia bagi mengahadapi perlawanan ini. Sebanyak 8 pasukan yang akan mengambil bahagian. Jadi para pemain bersedialah kamu sebab tahun depan kamu semua dah main liga. Anggaplah ini sebahagian daripada persediaan kamu.
Dan awal bulan Disember kamu semua akan masuk kem yer. Jangan banyak sangat alasan la nak bagi. Jadi segala urusan mengenai kem akan diuruskan oleh man toba atau zairin. Jadi yang tak pernah jengah-jengah padang bolehlah turun padang yer.

Sunday, October 25, 2009

sibuk lagi...

Justify Full Zairin,Burn also Man Toba tq for your support.
mmmmm....

Kesibukan player dalam menghadapi exam, test dan sebagainya membuatkan mereka terasa susah untuk ke padang.Dengar cite Din Skuad dah dapat motor tapi dah ke lain plak jadinya dan jadi seorang pemancing yang hebat. Begitu juga ngan Mat Cat yang dah tak jual nasi lemak lagi dah kini beralih ke dunia lain pulak. Banyak sangat ni komitmen ni. Semua nak buat. Tapi yang menjalankan komitmen untuk team ini saya ucapkan terima kasih kepada kamu kerana awak sedar macam mana nak bagi team kamu hidup balik.
Selepas balik dari Masum Cup setengah dari pemain hilang dari pandangan mata. Tak tau ke mana arahnya. Kelas... mm mungkin tapi kalau classmate dia boleh turun kemana hilangnya yang lain. Seribu satu alasan yang kerap diajukan untuk mencetuskan persepsi kepada diri masing-masing. Sem depan dengar cite ada certain player dah muka bz. Saya tahu sape yang buat PSM.So saya cuma nak info ni. Kite ni dalam bulan ni dah nak mula game lagi ni. Jadi standby la kamu semua. Kepada yang nampak Din Skuad, Mat Cat,Chem,Hasnol,Naz,Zaki,Samat,Fahmi,Sauti dan sebagainyer tolong yer sampaikan salam saya kepada mereka.

Wednesday, October 21, 2009

MASUM CUP





Berdasarkan kedudukan kami dalam liga divisyen 2 masa karnival yang kami main ari tu maka kami telah layak untuk bermain di peringkat MASUM CUP yang mana kami terpaksa berhadapan dengan team dari divisyen 1.
Pengalaman daripada game tersebut menjadikan persediaan kepada diri masing-masing macam mana persediaan kamu sendiri la untuk menghadapi pada tahun depan. To u all yang mengunjung ke blog ni kamu fikirkan kamu dah ready tak untuk face all what you have done to be in next divisyen. So guys apa maklumat saya just info kamu dalam ni saja la.

Tuesday, October 20, 2009

JAMUAN SEBELUM BERLAWAN






Rasanya tahun ni, team kami dapat menikmati jamuan bersama atlet lain dalam jamuan yang diadakan. Macam-macam la aktiviti yang ada la daripada persembahan dan jamuan. Dan team kami telah dijemput untuk membuat persembahan. Apa la yang nak dipersembahkan oleh kami ni iye maka takde benda lain jadi player tunjukkan la skill yang dia orang ada la.mmm.. berbaloi la jugak dari takda langsungkan. Itu pun main belasah jer la yer la tak ready langsung apa yang nak buat. Tapi kalau bab ni tak payah la nak ready memang laju. Kalau tengok gambar bab makan ni haa samapai tak sempat nak toleh kiri kanan. Takpe lah inilah yang kamu rasa untuk tahun ni. Kepada pemain yang lama (batch KUiTTHO) korang tetap part of the team. Tengok la kalau ada rezeki lagi tahun depan kita buat lagi game macam tahun ni.Ok.

Monday, October 19, 2009

Ini bukan dongeng...






"Apa target awak untuk game kali ni".."kite try masuk div 1 pulak coach, asyik duk div 2 jer" so itu lah ayat pemain aku pernah berkata. Mereka nak perubahan yang mereka nak. Jadi kekangan kelas antara pemain dan latihan saling menjadi perbualan kami. Tapi aku kerap berkata kepada pemain aku "korang kena belajar bebetul tau walaupun korang dah masuk U"
Tahun ini merupakan perubahan pada pasukan disebabkan bermain waktu karnival jadi banyaklah perkara baru dalam team antara pemain baru dengan pemain lama dan juga perangai baru dan lama. Man toba,zairin,samat lala lala,din skuad, antara muka baru dalam skuad aku. Maka seperti biasa tiada apa yang menjadi halangan pada mereka untuk kutuk-mengutuk. Korang semua memang pandai kutuk yer.
Jadi dia orang dah capai apa yang dia orang nak dan akan merasa dapat naik divisyen 1 tahun depan. So jangan lupa training guys.